Pegawai Polis Didakwa Tolak Kekasih Dari Jambatan Pulau Pinang

17 Jan 2024 • 10:04 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengklasifikasikan kes pasangan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada Isnin sebagai cubaan membunuh.

Menurut laporan Majoriti, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin memaklumkan hasil siasatan awal mendapati wanita tempatan yang berusia 40 tahun mendakwa dia telah ditolak oleh lelaki berkenaan ke laut.

Bagaimanapun, pihaknya belum mengambil keterangan daripada lelaki yang berusia 37 tahun itu kerana masih mendapat rawatan di hospital susulan kecederaan yang dialaminya di bahagian kepala.

image is not available

Malah, Khaw Kok Chin percaya sebelum itu berlakunya pertengkaran di tempat kejadian antara pasangan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

“Kita percaya sebelum itu berlaku pertengkaran di tempat kejadian dan wanita terbabit mendakwa dia ditolak lelaki berkenaan.

“Justeru, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada Selasa.

image is not available

Jelasnya lagi, siasatan mendapati lelaki terbabit merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di luar Pulau Pinang.

“Dakwaan pasangan itu menjalinkan hubungan cinta masih dalam siasatan dan kita akan keterangan serta pengesahan saksi lain,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita bertengkar dengan seorang lelaki sebelum kedua-duanya terjatuh di Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.8 menghala Perai.

image is not available

image is not available

Tindakan berani seorang yang juga anggota tentera telah terjun ke laut bagi menyelamatkan mangsa sebelum mereka dibawa menaiki bot oleh nelayan yang kebetulan berada di lokasi.

image is not available

Sumber: Majoriti