Pegawai polis disyaki rogol wanita ketika buat laporan

30 Jan 2024 • 2:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor direman seminggu bermula Selasa bagi membantu siasatan selepas disyaki merogol pengadu yang datang membuat laporan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat pada Ahad.

TUMPAT - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor direman seminggu bermula Selasa bagi membantu siasatan selepas disyaki merogol pengadu yang datang membuat laporan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini pada Ahad.

Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi mengeluarkan perintah reman ke atas inspektor yang merupakan pegawai penyiasat di Mahkamah Majistret Tumpat pada Selasa.

Perintah reman tersebut membolehkan pegawai itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Peguam yang mewakili pegawai polis itu, Mohd Firdaus Zainal Abidin membantah permohonan tahanan reman terhadap anak guamnya semasa prosiding reman berlangsung.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan inspektor berkenaan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.