Pegawai Polis Ditahan SPRM, Minta ‘Suapan’ RM10,000 Daripada Keluarga Mangsa Perkosa Untuk Tutup Kes

LocalPolitics
7 Apr 2025 • 3:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pegawai polis ditahan kerana didakwa meminta suapan daripada keluarga mangsa rogol sebanyak RM10,000 bagi menutup kes terbabit.

Pegawai polis berusia 30-an itu dikenakan perintah reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lelaki berkenaan telah ditahan oleh SPRM Kelantan di pejabatnya di Jeli petang semalam kerana disyaki meminta suapan RM10,000 daripada keluarga mangsa rogol di negeri itu.

image is not available

Suspek didakwa meminta wang daripada pengadu yang juga seorang wanita sebagai imbuhan untuk menutup kes rogol membabitkan anak perempuan mangsa yang berlaku beberapa bulan lalu.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, berkata suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 weeks ago

Berjumlah RM9.33 Juta, SPRM Sita 13 Akaun Simpanan Bagi Kes Rasuah Libatkan Ismail Sabri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved