Pegawai Polis Ditemukan Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala

2 Jul 2023 • 1:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PEGAWAI POLIS DITEMUKAN MATI DENGAN KESAN TEMBAKAN DI KEPALA

SEREMBAN, 2 Julai (Bernama) — Seorang pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kes itu pada 6.30 petang dan pegawai itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah.

“Mayat jenazah telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis serta menghormati keluarga si mati.

Sumber: Bernama