Pegawai Produk Vivo Kongsi Butiran Cip Pemprosesan Untuk Peranti X200S

TechnologyDigital
26 Mar 2025 • 4:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Vivo X200 merupakan barisan peranti mercu dengan fokus terhadap prestasi dan kamera. Setakat ini, tiga model telah diumumkan dan dua lagi versi baharu yang termasuk X200S akan datang tidak lama lagi. Maklumat mengenainya juga mula didedahkan oleh pegawai produk vivo sendiri melalui kemaskini di Weibo.

image is not available

Menurut beliau, vivo X200s akan akan hadir dengan cip Dimensity 9400+, yang merupakan pemproses mercu baharu dengan peningkatan kecekapan kuasa berbanding Dimensity 9400. Cip tersebut juga masih belum dilancarkan secara rasmi namun perkara ini seakan-akan mengiyakan desas-desus mengenai Dimensity 9400+ mungkin dilancarkan pada April akan datang.

Vivo X200s turut akan dilengkapi imbasan cap jari ultrasonic dengan kemampuan mengesan yang lebih baik. Diikuti juga dengan sistem pengecasan pantas dan skrin rata bersama bezel nipis yang melengkapinya. Lebih banyak butiran dijangka boleh dikongsi dalam masa terdekat ini.