Peguam Bantah Tindakan JKM Mohon Penjagaan Adik Zayn Rayyan

14 Jun 2024 • 4:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
adik zayn

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilaporkan mendapat Perintah Jagaan Sementara adik kepada kanak-kanak autisme mati dibunuh, Zayn Rayyan.

Perintah jagaan itu diperoleh mengikut Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001 dari Mahkamah Majistret Shah Alam.

Menurut Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim, adik Zayn Rayyan itu akan ditempatkan di Institusi Kebajikan bagi tempoh dua bulan sementara penyediaan laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap.

Terbaru, Malaysia Gazette melaporkan peguam keluarga, Mahmud Jumaat membantah tindakan JKM memohon penjagaan sementara.

image is not available

Bantahan dikemukakan Mahmud Jumaat ketika prosiding perintah jagaan sementara kanak-kanak itu di Mahkamah Majistret, Shah Alam, hari ini.

Maklumat berkaitan prosiding itu bagaimanapun belum dapat diperincikan lagi.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.