Peguam Dedah Dan Perjelas Mengenai Isu Aliff Aziz Dan Ruhainies 

20 Jun 2024 • 9:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Peguam dedah pasal Aliff Aziz dan Ruhainies

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Ruhainies selama tiga jam berkait dengan kes tangkap khalwat mereka.

Terkini! Menurut laporan mStar, peguam yang mewakili Aliff Aziz menjelaskan yang mereka berdua hadir bagi tujuan sebutan pertama pemakluman tuduhan tanpa merekodkan sebarang pengakuan daripada defendan.

Mereka berdua juga telah dibebaskan dengan jaminan RM1,500 bagi setiap seorang. 

Ya saya sahkan Aliff dan Ruhainies hadir ke mahkamah pagi ini (Khamis) bersama peguam yang mewakili kedua-dua pihak iaitu saya dan Amirul Ashraf Ghani mewakili Ruhainies.

Hari ini sebutan kali pertama di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bagi tujuan pemakluman tuduhan iaitu tanpa direkodkan sebarang pengakuan.

Kedua-dua (Aliff dan Ruhainies) tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM1500 setiap seorang.

Hadi juga berkata pertuduhan seterusnya akan dilakukan pada 3 Julai depan di Mahkamah Syariah yang sama.

Dijangka sebutan akan datang untuk bacaan pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved