Peguam Dewi Maklum Anak Guam Telah Memohon Maaf Kepada Cik Epal, Netizen Tumpang Gembira – “Cik Epal Menang Tanpa Bertanding”

LocalEntertainment
21 Aug 2026 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kemelut undang-undang membabitkan pempengaruh Cik Epal dan Emira Delyati Dewi akhirnya menemui titik noktah apabila kes saman antara mereka dilaporkan selesai secara baik.

Perkembangan tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikongsikan peguam, Hafidzah Hassan di media sosial.

Advertisement

Menurut kenyataan berkenaan, Dewi selaku defendan telah membuat permohonan maaf kepada Cik Epal, manakala pempengaruh itu menerima permohonan maaf tersebut.

Manakala peguam mewakili Dewi, Alan Razak turut mengesahkan perkara yang sama.

View this post on Instagram

“Pihak-pihak telah menyelesaikan secara baik. Defendan memohon maaf kepada Plaintif dan Plaintif telah menerima permohonan maaf daripada Defendan.

“Pihak-pihak saling bermaafan. Kes kini selesai.”

Terdahulu, Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah Mahmood hadir ke Mahkamah Ampang dan meminta orang ramai mendoakan agar urusannya bersama saksi-saksi dipermudahkan.

Menerusi perkongsian di Instagram ketika itu, Cik Epal turut berharap agar kemenangan berpihak kepadanya.

“Semoga Kemenangan Berpihak Kepada Kami” – Cik Epal Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Saman Terhadap Dewi, Mohon Doa Orang Ramai

Untuk rekod, kemelut undang-undang antara Cik Epal dan Dewi bermula selepas Cik Epal memfailkan saman fitnah terhadap Dewi pada Disember 2024.

Pada Januari 2025, Dewi dilaporkan telah memfailkan memorandum kehadiran bagi saman tersebut dan ketika itu menyatakan hasrat untuk mempertahankan kenyataannya.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu menyaksikan kedua-dua pihak memilih untuk menyelesaikan pertikaian tersebut secara baik dengan permohonan maaf dibuat dan diterima.

Dengan penyelesaian tersebut, kes antara Cik Epal dan Dewi kini dianggap selesai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ck epal2026-08-20 08:30:45

“Semoga Kemenangan Berpihak Kepada Kami” - Cik Epal Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Saman Terhadap Dewi, Mohon Doa Orang Ramai

The post Peguam Dewi Maklum Anak Guam Telah Memohon Maaf Kepada Cik Epal, Netizen Tumpang Gembira – “Cik Epal Menang Tanpa Bertanding” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved