Peguam Ditahan Pandu Ford Mustang Tanpa Lesen, Kesalahan Kedua Dalam Sebulan

LocalCars
28 Mar 2026 • 7:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Seolah-olah kebal daripada undang-undang, sebuah Ford Mustang dirampas buat kali kedua dalam tempoh sebulan kerana Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) yang telah tamat tempoh dan kekurangan perlindungan insurans.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, kenderaan itu sebelum ini telah disaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan yang sama.

Menurut beliau, ini adalah kali kedua kenderaan sama disita di pusat bandar, semalam.

“Siasatan mendapati, peguam lelaki berusia 27 tahun itu memiliki lesen memandu yang telah tamat tempoh. 

“Dia mendakwa ditahan dan ditangkap ketika sedang dalam perjalanan pulang,” katanya.

Jelas Hamidi, siasatan lanjut juga mendapati Fort Mustang itu bukan milik lelaki berkenaan. 

“Siasatan JPJ menunjukkan bahawa pemiliknya baru-baru ini telah mendapatkan sebut harga untuk memperbaharui LKM," katanya. 

Tambahnya, kenderaan itu perlu dirampas untuk tindakan selanjutnya mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"JPJ Kuala Lumpur sentiasa mengutamakan dan memantau semua aduan, memastikan kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan," katanya. – Getaran, 28 Mac 20 26