Peguam Indonesia Kagum Dengan Intelektual PM, “Bisa Petik Ayat Al-Quran, Shakespeare Dalam Satu Nafas”

Politics
22 Dec 2022 • 10:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Peguam Indonesia Kagum Dengan Intelektual PM, “Bisa Petik Ayat Al-Quran, Shakespeare Dalam Satu Nafas”

Seorang peguam Indonesia, Jansen Sitindaon menzahirkan rasa kagumnya terhadap cara penyampaian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam persidangan Parlimen Malaysia baru-baru ini.

Jansen, yang juga merupakan Wakil Setiausaha Agung Parti Demokrat Indonesia berkongsi perasaannya itu menerusi satu ciapan di Twitternya baru-baru ini.

Menurut beliau, Perdana Menteri disifatkan sebagai seorang ahli politik sangat sangat intelektual kerana dapat memahami tradisi keilmuan Islam dan turut menguasai tradisi keilmuan dunia Barat.

Ini berdasarkan tindakan Anwar berhujah dengan mengemukakan petikan ayat suci Al-Qur’an serta satu baris ikonik dari karya sasterawan teragung England, Shakespeare dalam satu ucapan yang sama.

”Saya baru sahaja selesai menonton sidang Parlimen Malaysia. Memang unik Datuk Seri Anwar Ibrahim ini. Beliau seorang “politisi intelektual” yang selesa dengan tradisi Islam sekaligus Barat.

”Beliau mampu mengutip Al-Quran sekaligus Shakespeare dalam nafas sama dan tanpa teks. Dan hari ini dia melakukan kedua-duanya,” ciap Janson.

Perdana Menteri juga tidak merujuk kepada sebarang teks ucapan ketika berucap dalam Parlimen baru-baru ini.

Antara madah yang dipetiknya adalah satu baris ayat daripada karya Macbeth nukilan William Shakespeare yang berbunyi, “It is a tale told by an idiot, full of sound and fury, Signifying nothing.”

image is not available
Kredit: AZ Quotes

Selain itu, beliau menerusi ucapan yang sama juga turut memetik beberapa ayat daripada kitab suci Al-Quran.

Kemahiran yang dikuasai oleh Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan nyata bukan sahaja dikagumi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, malah turut menjadi perhatian pengikut-pengikutnya di luar negara.

Sumber: Jansen Sitindaon via Twitter