Peguam Kata Fattah Amin Akan Menyatakan Pendirian Untuk Perceraian Secara Baik 7 Oktober Nanti

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 11:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon, Fattah Amin masih belum bersedia untuk melepaskan isterinya, Fazura dan sebutan semula kes penceraian itu akan berlangsung pada 7 Oktober nanti.

Menurut laporan Oh Bulan, kedua-dua mereka akan membincangkan isu rumah tangga mereka secara baik dan cuba sedaya upaya untuk memuktamadkan beberapa terma dan perkara ini dikatakan sendiri peguam yang mewakili Fattah.

Ini adalah prosiding di mahkamah, jadi tidak wajar anak guam saya khususnya menyatakan apa fakta di sebaliknya kerana ini akan memprejudiskan kes.

Saya ingin menjelaskan secara umum mengenai kenyataan yang sudah dikeluarkan kepada pihak kami dalam mahkamah sebentar tadi selepas ditanya oleh pihak mahkamah.

Pihak defendan, iaitu Fattah setakat ini belum bersedia atau belum bersetuju untuk bercerai secara baik atau sebaliknya. Ini kerana, pihak-pihak dalam kes ini sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan isu.

Adalah perlu untuk pihak-pihak menyelesaikan terma-terma berkenaan sekiranya mahu menyelesaikan perkara ini secara baik agar tidak dipanjangkan lagi apa-apa perkara yang belum selesai.

Zulkifli juga berdoa agar mereka berdua dapat menyelesaikan perkara ini secara baik dan terma persetujuan dapat dimuktamadkan.

Bukan tu jer, pihak Fattah juga akan menyatakan pendiriannya untuk perceraian secara baik pada 7 Oktober nanti kata Zulkifli.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved