Kes pelajar sekolah yang didakwa membunuh ibu dan abangnya minggu lalu memasuki fasa baharu apabila barisan peguamnya memaklumkan kemungkinan calon SPM itu mengalami masalah mental. Memetik laporan daripada Malasysia Gazette, Peguam Cassian Anthony, Francis Augustine Sosay dan E Lee Thian menyatakan perkara itu dimaklumkan oleh individu yang mengenali tertuduh, namun pihak peguam akan meneliti lebih lanjut sebelum membawa isu itu ke peringkat seterusnya. Menurut Cassian lagi, sepanjang prosiding tertutup yang dijalankan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani, remaja terbabit dilihat tenang walaupun sudah mengetahui hukuman yang menanti. Artikel lain: Dendam Dipaksa Belajar Jadi Punca Calon SPM Habiskan Nyawa Ibu & Abang Terdahulu, seorang guru yang juga merupakan ibu tunggal telah ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman dipercayai dilakukan oleh anak keduanya. Anak pertama guru terbabit turut meninggal dunia sewaktu cuba menghalang adiknya menghabiskan nyawa ibu mereka. Adik bongsu tertuduh yang berusia 13 tahun juga parah apabila ditemui di ruang tamu rumah sebelum remaja berusia 17 tahun itu duduk termenung di hadapan rumah mereka. Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)
Ada individu yang kenal dakwa remaja punyai masalah mental
“Kami baru diberitahu hari ini oleh mereka yang mengenali anak guam, dia ada mengalami masalah mental.
“Namun kita akan meneliti semula sebelum membuat sebarang permohonan bagi membolehkan dia dirujuk kepada doktor pakar di Hospital Bahagia untuk pada tarikh sebutan akan datang,” kata Cassian selepas prosiding di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.

Calon SPM dilihat tenang sewaktu berada di mahkamah
“Selain itu, tiada ahli keluarga atau waris remaja berkenaan dilihat berada di dalam mahkamah walaupun dijemput untuk mendengar pertuduhan itu,” tambahnya.

The post Peguam Maklum Calon SPM Didakwa Bunuh Ibu & Abang Mungkin Ada Masalah Mental appeared first on Borak Daily.

