Peguam Nafi Fazura Fail Cerai Sebab Fattah Amin Curang, Netizen Sendiri Yang Tularkan Di Media Sosial

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 12:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peguam Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan menafikan desas desus yang tersebar di media sosial di mana rumah tangga aktres itu didakwa bergolak kerana Fattah Amin berlaku curang.

Katanya, isu curang yang tular membabitkan Fattah dan individu yang rapat dengan Fazura sebelum ini berpunca daripada netizen sendiri.

Fazura tak pernah buat kenyataan. Yang timbul (dakwaan curang) adalah daripada individu-individu yang membuat kenyataan melalui media sosial.

Kita (pihak Fazura) pun tak pernah cakap. Dalam permohonan perceraian kita tak sebut langsung isu-isu berkaitan kejadian curang. Sebaliknya, antara mereka tiada persefahaman.

image is not available

Tambah Fakhrul, kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak.

Sementara itu, Fattah yang kelihatan sugul berkata dia masih sayangkan isteri, anak dan keluarganya.

image is not available 24 hours ago

"Fikirkan Anak, Masih Sayangkan Keluarga" - Fattah Belum Sedia Lepaskan Fazura, Tarikh Semula Sebutan Kes Cerai Pada 7 Oktober