Peguam Negara ingatkan penjawat awam jaga disiplin, elak sertai Himpunan Turun Anwar

LocalPolitics
26 Jul 2025 • 12:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar menasihatkan penjawat awam agar tidak terlibat dalam Himpunan Turun Anwar yang berlangsung hari ini di Kuala Lumpur.

Peguam Negara beri pesanan kepada penjawat awam

Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau menyatakan perihal itu kerana bimbang ia melanggar tata kelakuan dan disiplin sebagai anggota perkhidmatan awam.

“Sebagaimana yang kami keluarkan kenyataan sebelum ini, penjawat awam diminta tidak menyertai himpunan berkenaan kerana ia melanggar tata kelakuan dan juga disiplin sebagai penjawat awam.”

 

image is not available

Peguam Negara tegaskan penjawat awam contoh kepada rakyat

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa penjawat awam perlu menjadi contoh yang baik kepada rakyat, dan sebarang tindakan lanjut bergantung kepada ketua jabatan masing-masing.

“Namun bagi penjawat awam yang menyertai himpunan berkenaan, terserah kepada ketua jabatan masing-masing untuk tindakan lanjut.”

image is not available

Orang awam ada hal berhimpun namun secara aman

Bagi orang awam pula, Tan Sri Dusuki menjelaskan hak berhimpun tetap ada seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, namun ia harus dilakukan secara aman dan tertib.

“Untuk orang awam, sebagaimana yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap individu ada hak berhimpun namun ada batas tertentu. Seeloknya buat secara aman.”

image is not available

Perkara tersebut disampaikan beliau sewaktu ditemui selepas merasmikan Program Santuni MADANI di SK Pulai Chondong, Kelantan.

Terdahulu, pihak polis memberi jaminan akan membantu melancarkan himpunan tersebut dan sebanyak 16 laluan sekitar pusat bandar Kuala Lumpur dilencongkan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)