Peguam percaya 3 DJ radio difitnah, gesa polis siasat dalang tularkan video disunting

LocalPolitics
8 Mar 2025 • 12:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
sahkan 3 DJ radio difitnah

Tiga DJ radio didakwa menjadi mangsa fitnah selepas video berdurasi lima saat tersebar luas dan dimainkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Menurut perkongsian dari Facebook peguam, Mahmud Jumaat, video yang tular itu dipercayai telah disunting dan menimbulkan kemarahan ramai pihak, namun penelitian mendalam telah membongkar kebenaran di sebalik insiden ini.

image is not available

Peguam percaya 3 DJ radio difitnah, video telah disunting dari rakaman asal

Menurutnya lagi, video tersebut hanya memaparkan sebutan “wei-wei” tanpa konteks penuh.

Jadi, dia meminta orang ramai kembali merujuk kepada klip video yang tular tersebut memandangkan ramai yang meninggalkan komen negatif tanpa melihat video asal.

“Sila rujuk kembali kepada klip yang dimainkan oleh RSN Rayer di Parlimen dan majoriti komentar pempengaruh India di TikTok. Sekiranya kita teliti, video tersebut telah disunting hanya setakat 5 saat ketika disebut wei-wei sahaja,” jelasnya.

image is not available

Peguam percaya 3 DJ radio difitnah, Pak Azad cuma tiru tarian Miki Ghazali

Ujar Mahmud lagi, rakaman penuh yang didedahkan kemudian menunjukkan bahawa Pak Azad hanya meniru tarian Miki Ghazali dengan latar muzik yang mengandungi sebutan “wei-wei.”

Malah, bunyi yang sama juga kedengaran dalam tarian pemain bola West Ham United, Paquetá.

“Mengapa perlu video itu disunting sekiranya mereka benar-benar ingin mencari kebenaran?” soalnya.

Dakwa ada agenda jahat

Susulan daripada itu, dia telah mempersoalkan tujuan utama pihak tertentu yang menyebar video sudah disunting dan meminta keadilan tanpa menunjukkan video asal.

Dia juga melihat bahawa pemotongan video ini sangat jelas dan menunjukkan seperti ada agenda tersembunyi untuk mencetuskan provokasi sekaligus memfitnah tiga DJ radio terbabit.

image is not available

Gesa pihak berkuasa lakukan siasatan terhadap penyebaran video

Disebabkan itu, beliau menggesa pihak berwajib khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik penyebaran video suntingan ini dan mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghasut orang ramai.

Tegasnya, ketiga-tiga penyampai radio itu tidak sepatutnya dipersalahkan atas agenda yang dirancang pihak lain.

image is not available

Terdahulu, tiga penyampai radio Era FM sebelum ini telah memohon maaf selepas tularnya video yang didakwa mempersenda tarian Kavadi dalam kepercayaan Hindu.

Tarian yang sinonim dengan upacara suci Thaipusam itu dilakukan oleh salah seorang penyampai sambil menyebut ‘Vel Vel’, diikuti dengan gelak tawa.

Video tersebut menimbulkan kemarahan Timbalan Presiden MIC merangkap Ahli Parlimen Tapah, M. Saravanan, yang menuntut permohonan maaf terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen radio Era FM.

Ketiga-tiga penyampai radio berkenaan telah digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan terhadap isu ini.

Sumber: Facebook Mahmud Jumaat