Peguam Rosmah Menangis Dalam Mahkamah, Rayuan Kes Rasuah Solar Ditangguh

LocalPolitics
1 Jul 2026 • 2:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Suasana di Mahkamah Rayuan hari ini bertukar sebak apabila peguam bela Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Jagjit Singh dilaporkan menangis ketika memohon penangguhan rayuan kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Rayuan itu sepatutnya bermula hari ini, namun Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkannya sementara menunggu keputusan semakan di Mahkamah Persekutuan berhubung permohonan menyingkirkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan.

Peguam Rosmah sebak dalam mahkamah

Image from: Peguam Rosmah Menangis Dalam Mahkamah, Rayuan Kes Rasuah Solar Ditangguh
Kredit Foto: The Edge Malaysia

Menurut laporan, Jagjit tidak dapat menahan sebak ketika menjelaskan keadaan peguam bersama, Datuk Akberdin Abdul Kader yang masih bersedih selepas kehilangan anak lelakinya, Adli Hakim dalam kemalangan jalan raya dua bulan lalu.

Akberdin dikatakan sudah menyediakan sebahagian besar hujahan bertulis dan kehadirannya amat penting dalam pendengaran rayuan itu.

Beliau (Akberdin) umpama adik saya sendiri.- Katanya.

Mahkamah benar tangguh rayuan

rosmah mansor

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Azhahari Kamal Ramli membenarkan penangguhan itu secara sebulat suara.

Bagaimanapun, mahkamah menegaskan ini adalah penangguhan terakhir memandangkan kes berkenaan sudah berlarutan sejak 2022.

Azhahari berkata, mahkamah tidak akan berkompromi dengan tarikh baharu yang ditetapkan selepas ini.

Rayuan bersambung September ini

rosmah mansor

Pendengaran rayuan Rosmah kini ditetapkan pada 1 September ini selama 16 hari. Sementara itu, permohonan semakan Rosmah untuk menyingkirkan Mohamed Zaini dijadualkan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 29 Julai ini.

Untuk rekod, Rosmah sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid untuk 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Pssttt! Dalam kes besar macam ini, memang banyak mata sedang memerhati. Apa pun, kita tunggu proses mahkamah berjalan sebab akhirnya keputusan tetap perlu dibuat berdasarkan fakta, bukti dan undang-undang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Peguam Rosmah Menangis Dalam Mahkamah, Rayuan Kes Rasuah Solar Ditangguh appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved