Peguam Shafee tidak sihat, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh

Politics
27 Feb 2024 • 2:34 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini selepas peguam utama bekas perdana menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengalami palpitasi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan peguam Tania Scivetti untuk penangguhan kerana Muhammad Shafee tidak dapat menghadiri prosiding hari ini. 

"Tan Sri Muhammad Shafee tidak sihat dan akan bertemu doktor hari ini untuk mengetahui keadaannya kerana mengalami palpitasi (keadaan berdebar-debar) semoga esok beliau sihat dan boleh menghadiri prosiding," kata Scivetti.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib tidak membantah permohonan itu dan mencadangkan tarikh baharu untuk menggantikan perbicaraan hari ini pada Mac (14, 15 dan 27) serta pada 1 hingga 5 April. 

Hakim Sequerah bersetuju dengan tarikh itu dan memerintahkan perbicaraan bersambung esok.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. - 27 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved