Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Aeon Mall Shah Alam esok

19 May 2023 • 5:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Fitri Hazim

SHAH ALAM, 19 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak di kawasan tempat letak kereta Aeon Mall Shah Alam, Seksyen 13 di sini, esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Shahrin Ahmad berkata perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) akan mula beroperasi pada 11 pagi hingga 5 petang.

“SAOW merupakan merupakan platform yang disediakan oleh pihak MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Perkhidmatan yang disediakan melalui pejabat bergerak ini adalah semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja, jualan buku pelan setara dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, melalui perkhidmatan ini pihaknya berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved