Pejabat Mohamad Sabu nafi terlibat dalam program pelancaran 10 Julai ini

Politics
8 Jul 2023 • 7:37 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) menafikan penglibatan dan kehadiran menteri berkenaan dalam Majlis Pelancaran Program Sistem Data Dan Kualiti Durian Eksport Malaysia sepertimana tular di media sosial, hari ini.

Menurut pejabat itu dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Mohamad, ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan nama menteri berkenaan.

“Sehubungan dengan itu, Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak menyalahgunakan nama menteri dalam mana-mana program yang tidak mendapat pengesahan atau persetujuan daripada pejabat menteri,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tular di media sosial mengenai penglibatan Mohamad dalam program tersebut yang akan berlangsung di sebuah hotel di sini pada 10 Julai ini. -Bernama