Pejabat Peguan Negara Tolak Semua Tawaran Penyelesaian Oleh Jho Low - Idrus

Politics
16 Jul 2022 • 5:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Low Taek Jho atau Jho Low - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengesahkan bahawa ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low telah membuat percubaan untuk mencari penyelesaian dengan kerajaan berhubung pertuduhan keatasnya.

Bagaimanapun Idrus berkata semua tawaran itu ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). 

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata semua percubaan itu dibuat tahun ini menerusi wakil Jho Low.

“Dalam percubaan itu wakil-wakil Jho Low berjumpa dengan pelbagai agensi Kerajaan Malaysia, termasuk Pejabat Peguam Negara.

“Semua tawaran bagi penyelesaian berkenaan daripada wakil Jho Low ditolak oleh AGC,” katanya yang merujuk kepada laporan berita berhubung perkara itu.

Semalam media The Edge yang memetik sumber melaporkan Jho Low menawarkan RM1.5 billion kepada kerajaan bagi menyelesaikan pertuduhan terhadapnya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved