Pejalan kaki wanita maut dirempuh

9 Jul 2025 • 3:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Seorang pejalan kaki wanita terbunuh selepas dilanggar oleh sebuah Toyota Hilux di hadapan sebuah bank di sini, kira-kira 7.30 malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Anak Garai berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Suzila Adip, 40, beralamat di Kampung Samalang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Katanya, pihak polis menerima panggilan telefon kira-kira 7.40 malam daripada orang awam mengenai kemalangan melibatkan dua kenderaan dan seorang pejalan kaki.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di hadapan sebuah bank di Jalan Masak, Keningau.

Jelasnya, Toyota Hilux itu datang dari arah Keningau menuju ke Jalan Masak, Keningau.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dengan keadaan jalan gelap dan tidak mempunyai lampu jalan, kenderaan tersebut tiba-tiba terlanggar pejalan kaki yang melintas dari sebelah kiri jalan.

“Impak daripada pelanggaran tersebut mengakibatkan mangsa melambung dan tercampak di hadapan sebuah Proton Saga FL yang datang dari arah Jalan Masak Keningau menuju ke Pekan Keningau,” katanya, menambah mangsa disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Keningau.

Mayat mangsa dihantar kenderaan polis ke Jabatan Forensik Hospital Keningau untuk bedah siasat, manakala kenderaan terbabit dibawa ke balai.

Pemandu Toyota dan Proton itu tidak cedera dan tidak disyaki mabuk, namun sampel darah diambil untuk ujian toksikologi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.