Pejalan kaki warga India maut dilanggar kereta

6 Jan 2023 • 7:56 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Seorang pejalan kaki warga India maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer (KM) 23, Jalan Klang-Banting-Kuala Lumpur, Banting, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi, mangsa dikenali sebagai Ramakrishnan Aravint, 24, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu menghala ke arah Banting dari Klang sebelum merempuh mangsa yang sedang melintas jalan.

“Akibat daripada perlanggaran itu pejalan kaki berkenaan telah terpelanting pada cermin besar hadapan dan jatuh di atas pembahagi jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Pemandu kereta yang bekerja sebagai ejen insurans tidak mengalami sebarang kecederaan,“ katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Ridhwan berkata pihaknya sedang mengesan waris atau majikan mangsa bagi proses pengecaman mayat di Unit Forensik, Hospital Banting dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran menerusi talian 011-62622972 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan. - Bernama