Pejuang isu P4lestin akhirnya dikurnia hidayah, Shaun King dan isteri peluk Islam pada 1 Ramadan

12 Mar 2024 • 4:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENULIS dan aktivis terkenal Amerika Syarikat (AS) Jeffery Shaun King dan isteri Dr Rai King telah memeluk Islam pada hari pertama Ramadan.

Dalam siaran langsung yang dikongsikan Profesor Khaled Beydoun di Instagram, menunjukkan Shaun dan Rai melafazkan syahadah dengan bantuan ulama dan aktivis, Omar Suleiman.

image is not available

“ALLAH MAHA BESAR! Luar biasa apabila menyaksikan saudara baru Shaun King dan isterinya baru sahaja memeluk Islam!

“Alhamdulillah! Rasa bertuah dapat bertemu Brother Shaun yang memperjuangkan hak keadilan masyarakat dan sosial selama ini. Keikhlasan dan dedikasinya kepada iman dan nasib orang yang tertindas sentiasa terpancar.

 

“Saya sentiasa berdoa agar beliau mendapat hidayah dengan Islam

“Saya berasa gembira Ramadan bermula dengan kami menjadi saudara seagama,” titip peguam, Hassan Shibly.

image is not available

Shaun yang berusia 44 tahun terkenal dengan promosi keadilan sosial termasuk pergerakan Black Lives Matter yang memperjuangkan antiperkauman dan diskriminasi dan ketikdaksamaan dialami orang kulit hitam.

Pada 25 Disember lalu, Shaun mendakwa Instagram mengharamkan akaunnya kerana sokongannya terhadap P4lestin. Beliau banyak berkongsi banyak jawatan pro-Palestin sejak 7 Oktober, mendedahkan kemusnahan di Semenanjung Gaza dan menyeru agar peperangan dan kekejaman Israel di wilayah itu dihentikan.

image is not available

Beliau yang mempunyai lebih enam juta pengikut, melahirkan kekecewaan terhadap larangan Instagram ke atasnya kerana memperjuangkan hal dan maruah Palestin yang dicabuli Isr4el.

Sumber: Instagram imamomarsuleiman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang