
Rata-rata rakyat Malaysia bimbang dengan prospek penyakit mental terutamanya melibatkan masalah jantung.
Menurut analisis penyelidikan tahunan yang dilakukan oleh Manulife Asia Care Survey 2024, masyarakat di negara kita juga antara yang paling prihatin tentang kesejahteraan mental.
Ia secara tidak langsung menekankan keperluan tentang perancangan kewangan dan kesihatan yang lebih baik termasuklah dengan membeli insurans perubatan serta menjamin tabung simpanan bagi menjamin kesejahteraan kewangan di hari tua.
Tinjauan Dilakukan Untuk Selami Situasi Dialami Oleh Masyarakat
Tinjauan pada Mac 2024 melibatkan 1,038 rakyat Malaysia mendedahkan bahawa masyarakat kurang beryakinan untuk mencapai tahap simpanan jangka panjang yang diingini.
Antara punca yang menyebabkan situasi itu adalah disebabkan oleh peningkatan kos penjagaan kesihatan dan cabaran untuk menutup jurang antara aspirasi serta simpanan sebenar.
Apabila ditanya tentang jangkaan masa hadapan mereka bagi tempoh 10 tahun akan datang, responden mengatakan bahawa kesejahteraan fizikal adalah faktor paling penting kepada kesejahteraan secara keseluruhan.

“Inflasi penjagaan kesihatan adalah isu yang dilihat oleh rakyat Malaysia dan ia menyumbang kepada ketidaktentuan bagi persediaan kewangan pada masa hadapan.
“Itulah sebabnya Manulife kekal komited untuk memastikan kebolehcapaian dan kemampuan untuk pelanggan kami.
“Reka bentuk berasaskan nilai inovatif kami seperti merintis ciri Diskaun Tanpa Tuntutan membolehkan pelanggan menguruskan perbelanjaan sambil menerima penjagaan berkualiti dalam jangka panjang.
“Kami secara proaktif berhubung dengan penyedia penjagaan kesihatan bagi mencari cara untuk menangani kenaikan kos, dan kami menggunakan analisis data untuk mencari penyelesaian terbaik kepada pelanggan,” Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Malaysia, Vibha Coburn.
Kebimbangan Tentang Kesihatan Di Malaysia Lebih Tinggi Berbanding Singapura
Indeks Kesediaan MyFuture mengukur cara pengguna melihat kesejahteraan fizikal, mental serta kewangan semasa dan masa depan mereka.
Responden dari hasil tinjauan menunjukkan tiga cabaran utama mereka untuk mencapai matlamat kewangan mereka iaitu:
- Peningkatan kos sara hidup (83%)
- Pengurangan kadar ekonomi (83%)
- Peningkatan kos penjagaan kesihatan (82%)

Cabaran kewangan ini ditambah lagi dengan kebimbangan dari segi penjagaan kesihatan, terutamanya penyakit jantung (55%), diabetes (48%), kanser (45%) dan strok (41%).
Jika dibandingkan bagi penyakit sama di Singapura, ia adalah seperti berikut:
- Penyakit jantung (38%)
- Diabetes (32%)
- Kanser (43%)
- Strok (34%)
Untuk membantu seseorang memastikan kelangsungan hidup yang lebih lama, persaraan dan keperluan perubatan yang tidak dijangka, responden berpendapat matlamat kewangan jangka panjang yang ingin dicapai adalah:
- Bebas dari hutang (39%)
- Mempunyai simpanan ketika waktu kecemasan (38%)
- Mempunyai kebebasan kewangan (34%)
- Mempunyai pendapatan pasif semasa bersara (32%)
- Memeliki simpanan mencukupi untuk keperluan penjagaan kesihatan (28%)
Dari segi kesejahteraan kewangan mengikut skala Indeks Kesediaan MyFuture dari 1 hingga 100, Malaysia mendapat markah 63% dan ia antara yang terendah di rantau ini – lebih rendah daripada negara jiran Singapura (65%) dan SAR Hong Kong (69%).
Bagi mereka yang bujang dan pasangan suami isteri, pelan Manulife Health Saver Benefit (MHSB) menyediakan pelbagai ciri seperti perlindungan komprehensif sehingga umur 99 tahun, tiada had masa untuk tinggal di hospital dan bonus tanpa tuntutan (NCD).

Teknologi Dan Evolusi Jadi Punca Inflasi Serta Kenaikan Harga Ubat
“Komitmen kami untuk menangani cabaran peningkatan kos penjagaan kesihatan adalah kukuh. Pelan kami untuk penyakit kritikal, perubatan dan kemasukan ke hospital yang komprehensif direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.
“Pelan keluarga kami yang memenangi anugerah, dengan manfaat Diskaun Tanpa Tuntutan sehingga 40%, memperkasakan rakyat Malaysia untuk menguruskan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
“Selain itu, pelan perubatan mampu milik kami dan pelan Penyakit Kritikal yang dipermudahkan memenuhi keperluan kepada demografi yang berbeza, memastikan kebolehcapaian tanpa menjejaskan liputan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Malaysia, Vibha Coburn.

Di Malaysia, inflasi perubatan dianggarkan pada 15% pada 2023-2024.
Dua punca utama inflasi ini termasuklah kemajuan dalam teknologi perubatan dan pilihan rawatan yang membawa kepada peningkatan penjagaan kesihatan.
“Hasil tinjauan ini membantu kami untuk memahami keperluan dan kebimbangan rakyat Malaysia dengan lebih baik dengan memperkenalkan pelan Manulife Health Saver Benefit.
“Ia menawarkan perlindungan kesihatan yang diperlukan sambil memberi insentif dan penjimatan dengan diskaun tanpa tuntutan sehingga 40%,” jelas Vibha.
Sebagai salah satu syarikat insurans terkemuka di Malaysia, Manulife berdedikasi untuk menggunakan hasil tinjauan ini bagi memastikan mewujudkan pelan mampu milik yang terbaik buat rakyat Malaysia.
