“Pekat Betul Biadap” – Dituduh Tak Tegur Ahli Politik Berkempen, Dr Zulkifli Digelar ‘Lapik Kaki’

Politics
14 Nov 2022 • 2:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru-baru ini ada menerima kritikan daripada seorang individu yang mendakwa bekas Mufti Wilayah Persekutuan ini sebagai berat sebelah dalam menyebarkan dakwah.

Malah, individu itu telah menggelarkan Dr. Zulkifli sebagai ‘lapik kaki’ kerana menganggap beliau tidak cenderung untuk menegur tindakan segelintir ahli politik yang berkempen secara ‘kotor’ sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

image is not available

Sumber : Twitter  

Banyak kempen yang berunsurkan fitnah dan sampai masuk neraka kalau undi parti tertentu. Dr ada tegur tak? Kalau ada, Alhamdullilah. Kalau tak ada, elok Dr jadi lapik kaki.

Tidak melenting dengan tuduhan itu, Dr. Zulkifli membalas ciapan individu tersebut dan menganggap individu itu kurang membaca tulisannya di media sosial.

Gerakkan jari dan baca. Panggil ‘lapik kaki’ bukan satu pendekatan baik untuk tegur. Kita tegur untuk orang ikut kita, bukan jauh daripada kita.

Menjengah ke ruangan komen, individu itu dilihat telah dikecam hebat oleh netizen yang merasakan cara menegur itu terlalu biadap dan tidak mencerminkan peribadi seorang muslim.

“Lapik kaki eh? Pekat betul kau punya biadap tu. Siapa la mak bapak kau ni. Memang gagal mak bapak kau besarkan orang macam kau” antara komen netizen di hantaran tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

(PRU15) Bukan Saja Fasih 'Speaking', Lando Brotherhood Ada Kelulusan Universiti Australia, - "Bukan Beshe-Beshe.."