Pekawanis peruntuk RM84,000 rai wanita di 42 DUN sempena Hari Ibu

27 Jun 2022 • 8:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 27 JUN: Sebanyak RM84,000 diperuntuk Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) bagi sambutan Hari Ibu di 42 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata Setiap DUN menerima RM2,000 di mana peruntukan itu bertambah berbanding tahun lalu hanya RM1,000.

“Program ini diadakan bagi meraikan wanita-wanita bergelar ibu yang banyak berjasa dan di DUN Sungai Tua ini kita meraikan 50 wanita dengan enam daripada mereka dianugerah sebagai tokoh.

“Ini adalah tahun kedua kita anjur dengan setiap DUN menerima RM2,000. Tahun lalu disebabkan pandemik kita sampaikan anugerah dari rumah ke rumah sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Ibu Pekawanis DUN Sungai Tua di Hotel RHR Bandar Baru Selayang di sini hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved