Pekebun tembikai dipukul, disamun

21 Feb 2025 • 4:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Polis memburu empat lelaki yang memukul dan menyamun seorang pekebun tembikai Kampung Batu Gadung, Jalan Tamau dekat sini, petang Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun cedera parah manakala wang tunai berjumlah RM10,000 dan telefon bimbit miliknya turut dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan yang belum dikenal pasti.

AdvertisementKetua Polis Daerah Kota Belud, Supt Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai pekebun tembikai itu sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Hasil siasatan awal, mangsa disamun empat lelaki sehingga menyebabkan mangsa mengalami luka parah di bahagian kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

“Kumpulan suspek turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa,” katanya, Khamis.

AdvertisementShahrudin menambah, semua suspek dipercayai melarikan diri menggunakan motosikal dan polis kini sedang mengenal pasti serta mengesan kumpulan itu.

Beliau meminta saksi untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Izhafizan Haron pada talian 014-6318003.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun bersenjata secara berkumpulan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika tertuduh disabit kesalahan.