Pekerja Asing Juga Berhak Dilindungi Undang-Undang Negara – Azalina

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 11:05 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pekerja asing di Malaysia juga dilindungi di bawah Perlembagaan serta undang-undang negara, termasuk larangan terhadap majikan daripada menyimpan pasport mereka.

Pekerja asing berhak dilindungi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menegaskan majikan perlu bersikap adil dan memulangkan pasport pekerja, selaras dengan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

image is not available

Foto: Bernama

“Majikan tidak boleh menyimpan pasport pekerja. Anda perlu bersikap adil kepada pekerja dan memulangkan semula pasport mereka,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pra-Peluncuran Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Malaysia (NAPBHR) 2025-2023 di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Azalina berkata, meskipun ada majikan yang masih berdegil, semakin ramai pekerja asing kini memahami hak mereka dan terus mengemukakan aduan kepada kedutaan masing-masing.

image is not available

Foto: Bernama

“Kita tidak seperti di sesetengah negara yang memberi layanan tidak hormat sepenuhnya kepada warga asing. Kita ada undang-undang kita sendiri dan kita mesti menghormati setiap insan,” ujarnya.

Tambah beliau, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini perlu mengelakkan sebarang publisiti negatif, khususnya berkaitan layanan kasar atau keganasan terhadap pekerja asing dari negara anggota ASEAN.

Sumber: Buletin TV3