Pekerja Bangladesh didakwa amang seksual 7 pelajar lelaki di sekolah asrama

23 Jul 2026 • 4:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pekerja Bangladesh didakwa amang seksual 7 pelajar lelaki di sekolah asrama
Pekerja Bangladesh didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama di daerah ini pada Jun lalu.
Image from: Pekerja Bangladesh didakwa amang seksual 7 pelajar lelaki di sekolah asrama
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas pertuduhan dibacakan pada Khamis.
Image from: Pekerja Bangladesh didakwa amang seksual 7 pelajar lelaki di sekolah asrama
Tertuduh, Islam Mohammad Shoriful, 44, tidak mengaku bersalah selepas kesemua tujuh pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Bangladesh di hadapan Hakim Kamarul Aris Kamalluddin.

ALOR GAJAH – [DIKEMAS KINI] Seorang pekerja kontrak warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama di daerah ini pada Jun lalu.

Tertuduh, Islam Mohammad Shoriful, 44, tidak mengaku bersalah selepas kesemua tujuh pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Bangladesh di hadapan Hakim Kamarul Aris Kamalluddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pelbagai perbuatan amang seksual fizikal terhadap pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun, seperti memegang tangan, menyentuh punggung dan kemaluan mangsa.

**media[3592205]**

Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan menarik seluar beberapa mangsa sehingga mendedahkan bahagian punggungnya.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 12 Jun 2026, sekitar jam 6 petang dan 6.30 petang, di kawasan bilik mandi dan basuh asrama lelaki sekolah berasrama di daerah ini.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat jika disabitkan kesalahan.

**media[3592206]**

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif, yang memohon supaya tiada jaminan diberikan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 Ogos 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved