“Pekerja Bank, Doktor, Ahli Perniagaan..” – 388 Pelabur Forex Rugi Lebih RM100 Juta Akibat Ditipu

LocalBusiness & Finance
13 Dec 2024 • 10:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, seramai 388 pelabur forex telah rugi sebanyak RM104.75 juta akibat ditipu oleh sebuah syarikat di luar negara.

Pelabur terdiri daripada golongan profesional

Susulan itu, mereka memohon bantuan daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat (MOH) dan sebagai pengerusi MOH, Datuk Hishammudin Hashim mengesahkan individu umur di antara 18 hingga 80 tahun mendakwa diri mereka ditipu.

image is not available

Difahamkan, mangsa-mangsa terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, ahli perniagaan, penjawat awam, pekerja bank dan persara.

Modus operandi penipuan

Modus operandi penipuan ini adalah dengan melantik sebuah syarikat seperti broker di luar Malaysia dan broker terbabit yang akan menguruskan pelaburan di Malaysia.

Malah, pelabur turut diyakinkan bahawa ketua mereka merupakan warga Rusia yang pakar dalam bidang forex, di mana dia aktif mengadakan kelas Forex termasuk di Malaysia.

image is not available

Sumber : Getty Images/iStockphoto  

Susulan termakan dengan kata-kata penipuan ini, pelabur difahamkan telah melabur sebanyak RM20,000 hingga RM1 juta.

image is not available 2 months ago

Pelajar Tipu NGO, Guna Duit Bantuan Untuk Berjudi - “Pelajar Tu Dah Dua Tahun Menipu Dan Ada Orang Kenamaan Terkena Juga”