
TAWAU: Seorang pekerja cafe putus kesemua jari tangan kanan apabila tersepit dalam mesin pengisar daging dalam insiden di sebuah cafe di Taman Poh San pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa adalah seorang pekerja wanita berusia 22 tahun yang sedang bekerja ketika kejadian.
Menurutnya, pihaknya bertindak memotong mesin pengisar dan mengeluarkan tangan mangsa serta memberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tawau menggunakan EMRS untuk rawatan lanjut.
Terdahulu, sepasukan 10 pegawai dan anggota dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 1.50 petang menerusi MERS999.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Operasi ditamatkan jam 3.20 petang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
