
Pekerja Diarah Makan Api, Untuk Tingkat Keyakinan Diri
Tindakan sebuah syarikat di China yang meminta kakitangannya meletakkan api dalam mulut ketika menghadiri program team building telah menerima kritikan hebat warga maya.
Menurut South China Morning Post, aktiviti terbabit dijalankan sebagai salah satu kaedah untuk mengatasi ketakutan dan membina keyakinan diri pekerja.
Salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Rongrong mendedahkan, para pekerja diminta meletakkan putik kapas yang dinyalakan dengan api ke dalam mulut masing-masing.
Terpaksa akur arahan makan api untuk tingkat keyakinan diri kerana takut kehilangan pekerjaan
Dia pada awalnya enggan menyertai aktiviti tersebut, namun terpaksa mematuhi arahan yang dikeluarkan kerana takut kehilangan pekerjaan.
“Acara team building ini diadakan selama dua hari dan disertai 60 orang pekerja yang dibahagikan kepada enam kumpulan.
“Tujuannya adalah untuk membina kepimpinan dan kesungguhan pasukan selain mahu kami menunjukkan keinginan untuk menjadi pemenang dan mahu menjana keuntungan untuk syarikat.
“Saya takut dan merasakan aktiviti itu seperti merendah-rendahkan maruah kami,” katannya.
Bagi Rongrong, aktiviti tersebut telah melanggar undang-undang buruh dan dia sudah pun membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Bagaimanapun syarikat tersebut masih belum memberikan sebarang respons terhadap pendedahan yang dibuat.
Difahamkan, syarikat tersebut menjalankan perniagaan dalam sektor pendidikan dan beroperasi menerusi ibu pejabat di Liaoning, di timur laut China.
SCMP berkata, di bawah undang-undang China, syarikat melakukan amalan tidak munasabah boleh dikenakan amaran dan diarahkan membayar ganti rugi kepada pekerja yang terjejas.
Sebuah badan peguam tempatan turut menggesa individu yang menjadi mangsa amalan tidak hormat di tempat kerja untuk membuat pendedahan, termasuk di media sosial.
Ia bagi membolehkan tindakan undang-undang dapat diambil terhadap majikan yang tidak bertanggungjawab.
Pengguna media sosial telah mengambil tindakan
Menurut SCMP, banyak syarikat China dilapor menyelitkan aktiviti berkenaan ketika menjalan program team building.
Syarikat-syarikat ini mendakwa, aktiviti itu boleh meningkatkan keyakinan dan membantu mengatasi ketakutan serta membuka potensi pekerja masing-masing.
Sumber: South China Morning Post
The post Pekerja Diarah ‘Makan’ Api, Untuk Tingkat Keyakinan Diri appeared first on Siakap Keli.
