‘Pekerja Gen Z mudah tersentap, ramai diberhentikan sejurus diambil bekerja’ – Tinjauan

LocalOpinion
28 Oct 2024 • 12:42 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kebanyakan majikan menghadapi cabaran dengan pekerja muda dari Generasi Z, yang dilihat kurang memenuhi jangkaan prestasi kerja.

Menurut laporan agensi berita Jerman (dpa), ramai majikan merasakan pekerja muda ini tidak mencapai standard yang diharapkan walaupun mereka digaji dengan gaji graduan permulaan.

Tinjauan terhadap lebih 900 eksekutif menunjukkan tiga perempat daripada mereka tidak puas hati dengan prestasi pekerja golongan Gen Z. Malah, enam daripada sepuluh syarikat mengaku telah memberhentikan sekurang-kurangnya seorang pekerja dari golongan ini yang baru diambil bekerja sejak awal tahun ini.

Laman web nasihat kerjaya, Intelligent.com, melaporkan ramai majikan berpendapat graduan muda bersikap ‘berhak’ dan 63% menganggap golongan ini mudah terasa (sentap).

Syarikat juga mendapati mereka sukar menerima maklum balas dengan baik serta sering kekurangan etika kerja dan kemahiran komunikasi.

Menurut penasihat utama pendidikan dan kerjaya di Intelligent, Huy Nguyen berkata, ramai pekerja muda kekurangan pengalaman praktikal dan kemahiran insaniah yang diperlukan untuk berjaya di tempat kerja.

Beberapa universiti terkenal seperti UC Berkeley, Columbia University, dan Oxford University juga menyatakan kebimbangan tentang pelajar masa kini yang sukar menamatkan bacaan buku berbanding generasi terdahulu.

Mark Travers, seorang pakar psikologi menjelaskan generasi muda yang banyak berkomunikasi melalui teks dan media sosial mungkin sukar untuk berbual secara bersemuka dalam situasi profesional.