Satu gambar tular di media sosial mendakwa sebuah pasar raya di Alamanda, Putrajaya mempamerkan jualan daging babi.
Menerusi gambar berkenaan, lelaki ini mendakwa daging non halal itu diletakkan bersebelahan dengan daging lembu Australia. Malahan menurut lelaki ini, harga daging itu juga lebih murah berbanding harga daging yang lain di pasaran.

Tindakan pasar raya berkenaan juga menimbulkan persoalan lelaki ini yang mempertikaikan kewajaran pasar raya berkenaan meletakkan daging non halal bercampur di rak yang sama dengan daging halal yang lain.
“Ni dekat Aeon Big Alamanda, daging babi sebelah daging lembu Australia. Murah juga pork ni, RM32.99 per kg. Daging lembu RM49.90 per kg. Biasanya pork akan diletakkan dalam shelf yang lain tapi kat sini sebelah-sebelah,” katanya.

Hantaran tersebut telah menimbulkan kegusaran ramai dan netizen meminta agar pihak berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Bagaimanapun, pihak Aeon Big Alamanda memohon maaf dan menafikan perkara tersebut. Pihaknya menyatakan salah seorang pekerja Aeon telah tersalah menampal kod bar pada daging kambing.
“Salah seorang pekerja kami telah tersalah tampal barcode pada daging kambing (yang disangka daging babi). Stor kami tidak menjual produk-produk non halal untuk pelanggan kami.
“Staff department berkenaan telah diberi tindakan dan peringatan oleh manager department agar kejadian ini tidak berulang,” katanya.
Sumber: Abd Rahman
Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!
The post ‘Pekerja kami salah letak barcode pada daging kambing, yang disangka daging babi’ – Aeon Big Alamanda mohon maaf, nafi jual daging non-halal appeared first on The Reporter.

