Pekerja Kebun Sayur Maut, Dipercayai Bergaduh Di Kebun Sayur

18 Aug 2022 • 8:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang lelaki warga asing dilaporkan maut dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan kebun sayur di Lebu, Bentong, Pahang, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Bin Mohd Kahar, pihak mereka telah menerima panggilan berkaitan satu pergaduhan di kebun sayur pada jam 2.50 pagi, 17 Ogos 2022.

“Siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warganegara asing berusia 27 tahun merupakan pekerja kebun telah mengalami cedera parah dalam kejadian tersebut.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan bantuan kecemasan dan rawatan, namun telah meninggal dunia lebih kurang jam 5.40 pagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihak polis telah berjaya menahag seorang lelaki warganegara asing berusia 26 tahun di kawasan kebun sayur tersebut dan merampas sebilah pisau 12 inci dipercayai digunakan dalam pergaduhan untuk membantu siasatan.

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 17 Ogos sehingga 23 Ogos 2022 dan kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambah beliau.

Difahamkan, punca pergaduhan dan kematian masih belum dapat dikenal pasti dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Temerloh, Pahang untuk dibedah siasat.

Sumber: PDRM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved