Pekerja kedai serbaneka rugi lebih RM70,000 ditipu sindiket pekerjaan sambilan

LocalBusiness & Finance
24 Oct 2026 • 2:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pekerja kedai serbaneka rugi lebih RM70,000 ditipu sindiket pekerjaan sambilan
Mangsa mendakwa menerima satu set pisau kononnya daripada syarikat jualan dalam talian sebelum dia ditawarkan pekerjaan sambilan membuat ulasan produk. Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja wanita kedai serbaneka kerugian RM72,467 selepas diperdaya sindiket pekerjaan sambilan dalam talian, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 33 tahun mendakwa menerima satu set pisau kononnya daripada syarikat jualan dalam talian pada 11 Oktober sebelum dihubungi seorang suspek lelaki beberapa hari kemudian. 

"Suspek memaklumkan ia hadiah cabutan bertuah yang diberikan kepada pelanggan secara rawak sebelum mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram yang menawarkan pekerjaan sambilan membuat ulasan produk dengan tawaran pendapatan lumayan.

"Mangsa telah menyelesaikan 30 tugasan dan dijanjikan komisen RM1,200, namun perlu membuat bayaran atas alasan yuran proses bagi mendapatkan komisen itu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Azli berkata, mangsa melakukan pembayaran itu ke enam akaun selama dua hari bermula 20 Oktober dengan menggunakan wang simpanan, hasil jualan barang kemas dan membuat pinjaman daripada rakan.

Mangsa membuat laporan polis pada 8.05 malam tadi selepas gagal mendapatkan kembali wang selain tidak dapat menghubungi suspek. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved