Tuaran: Seorang lelaki pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang sedang memasuki simpang di Jalan Marabahai Tambalang 2 di sini, pagi Selasa.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Yerricho O’Veall Paumin, 22, dari Kampung Botung, Kota Belud, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis SYM dari arah Marabahai Spur melalui jalan lurus.
“Apabila tiba di simpang, motosikal mangsa merempuh bahagian hadapan kiri SUV jenis Toyota Fortuner yang memasuki simpang dari arah Kampung Tambalang 3 menghala ke pekan Tuaran.
“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan bersama motosikalnya,” katanya dalam kenyataan, Selasa.
Menurut Noraidin, mangsa yang memakai topi keledar lengkap mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tuaran.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuaran untuk bedah siasat.
“Pemandu Toyota Fortuner, seorang lelaki berusia 67 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.
Sehubungan itu, Noraidin menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu atau menunggang serta sentiasa mengutamakan keselamatan semua pengguna jalan.