Pekerja kilang maut rempuh Hyundai Matrix

14 Jun 2022 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA SELANGOR - Seorang pekerja kilang maut selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Matrix di Kilometers 40 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Sekolah Rendah Agama (SRA) Assam Jawa di sini, pada Isnin.

Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu menyebabkan lelaki berusia 46 tahun yang beralamat di Kampung Bukit Belimbing di sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Tanjong Karang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku apabila pemandu Hyundai Matrix baharu sahaja selesai mengambil anak-anaknya di SRA Assam Jawa.

"Pemandu wanita berusia 38 tahun itu kemudian melakukan pusingan U dan tiba-tiba mangsa yang datang dari arah Kuala Selangor merempuh bahagian pintu hadapan kenderaan berkenaan.

"Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh atas jalan dan mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ramli berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang bagi mendapatkan rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 8.40 malam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved