Pekerja kilang mengaku tidak bersalah sembunyi wang RM190,000 milik pesara

LocalPolitics
15 Jan 2026 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang RM190,000 milik pesara. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang berjumlah RM190,000 milik seorang pesara ke dalam akaun bank miliknya, tahun lepas.

Koay Boon Huat, 30, didakwa menyembunyikan wang milik lelaki berusia 81 tahun itu yang dimasukkan ke dalam akaun bank tertuduh dan kejadian itu tidak akan berlaku jika dia tidak membenarkan akaunnya digunakan oleh pihak lain bagi tujuan penipuan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Sri Hartamas, Brickfields di sini dari 5 hingga 17 September 2025 mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulhilmi Latif menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin manakala Koay, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jumlah itu dikurangkan.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari ini untuk sebutan kes. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved