Pekerja kontraktor Sabah Electricity jatuh gaung ditemui selamat

15 May 2025 • 9:57 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jeremy S Zabala

PUTATAN: Seorang pekerja kontraktor Sabah Electricity (SE) berusia 48 tahun yang dilaporkan hilang ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di sebuah menara pencawang berhampiran Bukit Rimba Lokawi pada Selasa, ditemui selamat.

Aszaman Salleh ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 265 meter dari lokasi kerja pada jam 9.56 pagi Rabu.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, satu pasukan digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang berhubung lelaki itu, yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam gaung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Katanya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Putatan dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pencarian mangsa.

Tambahnya lagi, operasi turut dibantu oleh tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Unit Dron dan Unit Anjing Pengesan (K9) jabatan, selain kehadiran anggota dari Sabah Electricity dan polis.

“Mangsa dibawa turun dari bukit dan diberikan rawatan perubatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 1.30 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved