Pekerja lemas, dua lagi selamat 

16 Aug 2025 • 5:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KUDAT: Seorang pekerja kapal penarik pasir maut selepas terjatuh dari kapal berkenaan di perairan Pantai Bangau, Sikuati dekat sini, petang Khamis.

Mangsa, Mohd Azman Idris, 31, dipercayai terjatuh ketika membuat penyambungan tali jangkar yang putus akibat keadaan laut bergelora di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, PPgB Darickson Galanang berkata, seramai 12 anggota diketuai PBK II Rasidi Sadai bersama sebuah jentera, EMRS dan kenderaan utiliti bergegas ke lokasi sejauh 39 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.46 petang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurutnya, panggilan dibuat oleh seorang pekerja Syarikat Kibing Sikuati yang memaklumkan tiga pekerja kapal penarik pasir hanyut dibawa arus.

“Seorang mangsa terjatuh ketika membuat penyambungan tali jangkar, manakala dua lagi pekerja di atas kapal terjun ke laut untuk menyelamatkannya.

“Mangsa berjaya diikat menggunakan tali namun ketiga-tiganya tidak dapat naik semula ke atas kapal kerana ombak bergelora.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati ketiga-tiga mangsa telah hanyut ke tepi pantai sebelum diselamatkan,” katanya.

Darickson berkata, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Mohd Azman meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi mangsa, Muhammad Haseef Abdul Rahman, 29, dan Aidil Adman Said, 49, diberi rawatan awal oleh pihak KKM.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

View Original Article