Pekerja lombong di Batu Gajah tertimbus hidup-hidup

23 Sep 2026 • 12:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pekerja lombong di Batu Gajah tertimbus hidup-hidup

Pada 23 September 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang penjaga pam sebuah lombong, Yahaya Wok, 52 tahun, tertimbus hidup-hidup apabila ia berpatah balik untuk mengambil jam tangannya dalam satu kejadian tanah runtuh.

Dalam kejadian tersebut yang berlaku di Lombong Kam Kee, Jalan Gopeng, Batu Gajah, Perak, Yahaya bersama tiga orang rakannya telah lari menyelamatkan diri apabila tanah tempat mereka bekerja mula runtuh.

 

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 September 1980 – Gerakan dan MCA di Pulau Pinang sanggup bekerjasama bagi mewujudkan kerajaan negeri yang lebih baik di negeri berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
  • 23 September 1981 – Seorang isteri bertindak menuang asid ke tekak suaminya yang sedang tidur di rumah mereka di Tebedu, Kuching, Sarawak disebabkan perasaan cemburu.
  • 23 September 1984 – Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP) mengumumkan bahawa Brigedier Jeneral Lee Hsien Loong, anak sulung Lee Kuan Yew akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: infocenter@mediamulia.com.my

The post Pekerja lombong di Batu Gajah tertimbus hidup-hidup appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved