Pekerja Maut Ketika Pasang Kabel Internet Di Atas Bumbung Rumah

11 Nov 2022 • 9:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

IPOH, 11 Nov (Bernama) — Seorang pekerja syarikat telekomunikasi meninggal dunia semasa memasang kabel internet di atas bumbung sebuah rumah di Jalan Tengas, Taman Lela 1, dekat Kamunting, kira-kira 74 kilometer dari sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, lelaki berusia 30-an itu dipercayai melakukan kerja memasang kabel internet di atas bumbung rumah berkenaan.

Difahamkan, mangsa pengsan di atas bumbung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.

Jurucakap bomba berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.56 petang.

“Sepasukan anggota bersama pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan kita membawa mangsa turun dengan pengusung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA