Pekerja maut tersepit mesin pemampat kertas

23 Aug 2023 • 4:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas dipercayai tersepit di mesin pemampat kertas di sebuah kilang bahan kitar semula di Klang, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 1.51 petang

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian.

"Lelaki berusia 19 tahun itu tersepit di mesin berkenaan ketika melakukan kerja memampatkan bahan kitar semula," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang mengalami cedera parah telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dilakukan oleh pihak bomba dan penyelamat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved