Tidak dinafikan iPhone adalah antara peranti yang selamat untuk digunakan. Antara ciri sekuriti adalah imbasan wajah dengan Face ID, iOS yang menghalang iklan dan banyak lagi. Disebabkan ini, pekerja Microsoft di China diwajibkan menggunakan iPhone untuk pengesahan identiti.

Peraturan baharu untuk pekerja ini turut dikuatkuasakan selepas Microsoft mengumumkan inisiatif Secure Future. Inisiatif ini adalah untuk melindungi diri daripada ancaman siber. Tiga perkara utama akan ditekankan iaitu ubah cara pembangunan perisian, mengimplementasikan sistem perlindungan identiti baharu dan juga akan lebih cepat memberi maklum balas terhadap kerentanan sekuriti. Pekerja di China kini perlu mengesahkan identiti melalui dua aplikasi iaitu Microsoft Authenticator dan Identiy Pass.
Dua aplikasi ini turut diwajibkan Microsoft hanya boleh digunakan pada iPhone. Pekerja yang tiada iPhone akan diberikan sebuah iPhone 15. Anda pula bagaimana? Adakah anda bekerja di tempat yang mewajibkan iPhone kerana sekuriti?

![Dakwaan Wujud Tiang Nabi Khidir Bersandar Di Terengganu Cetus Perdebatan, JHEAT Mulakan Siasatan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
