Pekerja pembersihan jumpa mayat bayi perempuan

7 Feb 2023 • 4:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat bayi perempuan ditemukan di tempat pembuangan sampah di hadapan sebuah rumah kebajikan di Seri Kembangan pada Selasa.

SERDANG - Mayat bayi perempuan ditemukan di dalam kotak di tempat pembuangan sampah di hadapan sebuah rumah kebajikan di Seri Kembangan, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mayat bayi yang disyaki baru dilahirkan itu dijumpai oleh pekerja pembersihan pada jam 9.30 pagi.

"Mayat bayi perempuan berkulit cerah yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna oren dijumpai di dalam kotak oleh pekerja pembersihan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Anbalagan berkata, mayat bayi itu dihantar ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, saksi yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut boleh tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan," katanya.