
Beliau juga berkongsi rutin harian dari sudut seorang pekerja sawit
Pekerja Sawit Ini Selesa Bekerja Di Malaysia, Hanya Dibayar RM4 Sehari Di Indonesia. Apa perasaan anda kalau dibayar gaji hanya RM4? Duit raya budak-budak pun pandang sebelah mata saja kalau dapat RM4, inikan pula gaji untuk membeli makan minum, keperluan harian.
Menerusi sebuah perkongsian di akaun TikTok Abdurrahman ii, beliau mengakui beruntung dapat bekerja di ladang sawit di Malaysia kerana diberi gaji yang berpatutan.

Kadang-kadang kerja 3 jam saja sehari
Menurut Abdurrahman, bekerja di ladang sawit Malaysia selama hampir setengah hari dibayar RM 40 yang bersamaan dengan anggaran 152,000 Rupiah. Tambahnya lagi, pekerjaan yang dilakukannya ini kadang kala hanya 3 jam sahaja iaitu sekitar jam 7 hingga 10 pagi pada musim membaja.
Pekerja sawit warga Indonesia ini juga menceritakan pengalaman ‘menyakitkan’ nya bekerja sebagai pekerja pembinaan di kampungnya. Ujar Abdurrahman, beliau pernah dibayar sebanyak RM4 yang bersamaan dengan 15,000 Rupiah untuk kerja buruh dari jam 7 pagi hingga 5 petang.
Tambahnya lagi, kerja buruh ini melibatkan kerja-kerja mengadun pasir, simen dan kerja-kerja lazim seorang buruh binaan di bawah panas matahari dan menyifatkan majikan lamanya ‘tidak punya otak’.
Masalahnya, kalau saya dibayar RM 4 untuk menonton orang bekerja (menonton saja), dari jam 7 pago hingga 5 petang, pun saya tak nak. Kenapa pula nak buang masa demi RM4.
Dalam nada bergurau, Abdurrahman memberitahu bahawa kenangan paling sakit dalam hidupnya bukanlah ditinggalkan atau dicurangi kekasih, bahkan hidup single, tetapi sebaliknya dibayar dengan upah RM4 sahaja sehari!

Pekerja sawit mesti banyak rehat, tidak digalakkan tidur selepas jam 9 malam
Abdurrahman juga menceritakan bahawa sebagai seorang pekerja ladang kelapa sawit, beliau tidak berani untuk tidur selepas pukul 9 malam terutamanya apabila musim menuai buah sawit. Hal ini kerana kurang rehat boleh memberikan kesan yang sangat mengganggu fizikalnya selepas melakukan aktiviti menuai sawit yang berat. Bahkan, lebih parah boleh menyebabkan pekerja sawit pengsan semasa melakukan kerja berat.
‘Terima kasih bang dah berkhidmat di negara kami’ – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan kadar gaji yang tidak masuk akal seperti yang diceritakan oleh Abdurrahman. Tidak kurang juga yang menggalakkan agar pekerja sawit ini untuk meningkatkan skilnya seperti memandu lori untuk menaikkan gaji. Yang penting, amanah – kata netizen.




Secara tuntasnya, perkongsian jujur daripada Abdurrahman ini benar-benar membuka mata kita tentang realiti kehidupan dan perbezaan taraf ekonomi serta kadar upah yang begitu ketara. Pengalaman ‘pahit’ beliau dibayar hanya RM4 sehari untuk kerja buruh yang berat di kampung halamannya bukan sahaja mengejutkan, tetapi cukup untuk membuatkan kita lebih menghargai nilai setiap ringgit yang kita perolehi.
Walaupun kerja di ladang sawit Malaysia mempunyai cabaran fizikalnya yang tersendiri, jelas Abdurrahman menganggapnya jauh lebih baik dan bersyukur dengan peluang serta gaji yang lebih berpatutan. Kisah beliau juga secara tidak langsung menonjolkan peranan penting pekerja asing dalam sektor perladangan negara kita.
Reaksi positif dan kata-kata semangat daripada netizen yang menghargai sumbangan beliau serta menggalakkan peningkatan kemahiran adalah sesuatu yang wajar dipuji. Semoga perkongsian ini bukan sahaja memberi kita perspektif baru, tetapi juga menanam rasa insaf dan mengingatkan kita tentang pentingnya layanan serta upah yang adil kepada semua pekerja, tanpa mengira latar belakang mereka.
Ini pula resepi bingka buah sawit yang boleh anda cuba:


