Pekerja Shopee Express Main Campak Dan Buka Bungkusan, Gelakkan Pelanggan Beli Pisang

1 Jun 2023 • 2:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Campak dan buka ‘parcel’ pelanggan, tindakan pekerja penghantar barangan ini dikecam netizen

Pekerja Shopee Express Main Campak Dan Buka Bungkusan, Gelakkan Pelanggan Beli Pisang. Satu hantaran video viral di Twitter yang memaparkan gelagat pekerja Shopee Express ketika membuka bungkusan milik pelanggan.

Menerusi perkongsian video itu, seorang daripada pekerja itu dilihat memegang bungkusan pelanggan yang dibuka sebelum ini dengan sebelah tangan lagi memegang pisang yang dipercayai terkeluar dari bungkusan itu.

Manakala, seorang lagi pekerja diperhatikan membaling bungkusan pelanggan ke arah rakan yang sedang ketawa.

image is not available
Sumber: Twitter

“Kenapa buka parcel orang? Takkan parcel tu terkoyak? Ada sesiapa yang tahu mengenai perkara ini?,” demikian kapsyen yang ditulis.

Rata-rata netizen marah

Perkongsian itu mencetuskan kemarahan netizen, yang menyifatkan pekerja tersebut tidak beretika dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka.

“Campak-campak eh parcel orang? Lepas tu kenapa buka parcel? Boleh bagi pencerahan tak kenapa perlu buka parcel orang?,” kata salah seorang pengguna Twitter.

image is not available
Sumber: Twitter

“Sewaktu interview pekerja, tapis pekerja yang betul-betul ikhlas bekerja. Jangan cakap tak boleh tahu perangai. Attitude macam ni kita boleh tahu even waktu mereka bercakap,” kecam pengguna Twitter lagi.

Pihak Shopee Express akan menyiasat perkara tersebut

Berikutan dengan kecaman bertalu-talu itu, pihak Shopee Express memohon maaf atas perbuatan tersebut melalui Twitter. Malah, mereka juga berjanji untuk menyiasat rakaman viral itu.

“Kami maklum tentang isu ini. Pihak berkenaan kami sedang menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam dan tindakan sewajarnya akan diambil. Terima kasih di atas maklum balas anda,” ujar pihak Shopee Express.

Baca juga artikel yang berkaitan:

View Original Article