Pekerja stesen minyak meninggal dunia di puncak Bukit Gunong

LocalHealth & Fitness
8 May 2026 • 5:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pekerja stesen minyak meninggal dunia di puncak Bukit Gunong
Operasi di Bukit Gunong, Bachok tamat sepenuhnya pada jam 10.53 pagi. Gambar kecil Mohd Yusof Hamat. Foto:JBPM
Image from: Pekerja stesen minyak meninggal dunia di puncak Bukit Gunong
Anggota BBP Bachok menggunakan sebuah unit pengusung dan tali webbing untuk menbawa mangsa turun dari lokasi pendakian yang berada pada ketinggian kira-kira 317 meter dari aras laut. Foto:JBPM

BACHOK – Seorang pekerja stesen minyak meninggal dunia selepas dipercayai mengalami sesak nafas sebaik sahaja tiba di puncak Bukit Gunong di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Mohd Yusof Hamat, 41, dari Kampung Bechah Keranji, Peringat, Kota Bharu dikatakan mendaki bukit berkenaan seorang diri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan I Ibrahim Mohd Rohni berkata, mangsa dipercayai mengalami sesak nafas sebaik tiba di puncak bukit berkenaan.

**media[3514570]**

Menurut beliau, ketika kejadian terdapat seorang doktor dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang secara kebetulan mendaki bersama ahli keluarganya di lokasi sama.

"Doktor terbabit telah memberikan bantuan kecemasan awal kepada mangsa sebelum menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau memberitahu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Ujarnya, sebuah unit pengusung dan tali webbing dibawa ke lokasi pendakian yang berada pada ketinggian kira-kira 317 meter dari aras laut.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di puncak, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

"Mayat mangsa kemudian dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.53 pagi," katanya.

View Original Article