Pekerja swasta disyaki kemuka dokumen palsu mohon bantuan PPRT

5 Mar 2024 • 5:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja syarikat swasta ditahan kerana disyaki menggunakan dokumen palsu bagi permohonan Bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dianggarkan bernilai RM50,000.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Terengganu pada Selasa.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu pada Rabu untuk didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Lelaki berkenaan disyaki menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi permohonan melalui Jawatankuasa Task Force Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Wilayah Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan mengemukakan borang permohonan yang mengandungi butir matan palsu berkaitan maklumat pekerjaan serta pendapatan isi rumah.

Ia dipercayai dilakukan bagi melayakkan dirinya mendapat bantuan binaan baharu rumah di Kampung Talong, Dungun.

Program berkenaan merupakan inisiatif kerajaan melalui KETENGAH dalam memberi bantuan perumahan kepada rakyat miskin yang mana kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved